Friday, February 27, 2009

Sejarah Mee..


di restoran Aladdin ni banyak juga yang Azrul dan Riz belajar antaranya cara-cara membuat Mee...sebenarnya tak lah susah sangat nak membuatnya...cuma perlu ada tepung gandum,air dan garam..


sebenarnya Masakan berasaskan mee ni boleh dipelbagaikan..antara nya seperti di Restoran Aladdin ada mee udang ramen,mee goreng seafood...yang bestnya kami dapat belajar terus dari chef yang ada di sini iaitu chef Ibrahim & Chef Ah Hong..


Mee ramen ini sebenarnya berasal dari daerah Xinjiang,China..perkataan Ramen itu asalnya dari negara Jepun..tapi maksud sebenar ramen atau lamian ialah Mee tarik.


haa..kalau nak tahu lebih-lebih pasal mee ramen ni kenalah datang kesini...

hmmm...sedapnye...

inilah dia Mee Udang Jumbo...


inilah dia Restoran Aladdin...lokasi pertama Jurnal Chef...




di sebalik Mee..

Azrul dan Riz telah pun memulakan misi mereka iaitu menyelongkar rahsia antara makanan utama masyarakat Malaysia Mee...

destinasi pertama mereka kali ini terletak di Kelana Jaya..nama restoran nya ialah restoran Aladdin..yang berkonsepkan makanan dari negara China..dan semestinya makanan-makanan yang ada disini Halal.

boleh dikatakan restoran ini mempunyai senarai makanan dan resepi yang unik..antara nya ialah Mee udang jumbo,mee ramen seafood dan banyak lagi..

kali ini Azrul dan Riz nak memperkenalkan menu istimewa disini iaitu Mee Udang Jumbo dan Mee Ramen Seafood..sedap tau..terlupa pulak antara yang menjadikan restoran ini sangat istimewa ialah mereka membuat Mee mereka secara tradisinal..menggunakan tangan..memang tak percaya kan...

kebanyak chef-chef yang ada disini didatangkan khas dari negara China,daerah Xinjiang..

banyak lagi perkara yang menarik berlaku disini..kalau nak tahu kena lah tengok...

daaaaa....

Thursday, February 26, 2009

pengenalan..


hai...


setelah perbincangan berbulan-bulan.cewaahh.maka episod 1 jurnal chef pun bermula..sebelum kita menjengah apa cerita disebalik tabir rakaman jurnal chef jom kita berkenalan dengan pengacara program ini...
sebelah kanan yg macam Hulk Hogan tu nama dia Riz..chef tau dia nih..hehehe...anak kepada seorang selebriti chef yg terkenal..cuba teka...a.chef Wan..b.chef Wan..c chef wan..mmg betul anak dia ler..ahaks..
yang lagi seorang tu plak nama dia Azrul..kalau sapa yang perasan dia nih daripada kump Cham..naib johan raja lawak musim ke 2...oraiittt!!..
gandingan mereka berdua ni lah yang akan megemparkan dapur-dapur yang mereka singgah nanti..
jadi..apa tunggu lagi..ambil pen dan kertas..salin ler resepi kalau ko2 chef Riz bagitau nanti..
bye...

Wednesday, February 25, 2009

episod 1

journal chef bakal menampilkan sesuatu yang berlainan dari program makanan yang ada.untuk 13 episod team journal chef akan menyelidik dan memberikan informasi tentang makanan ruji masyarakat malaysia iaitu Mee...

jadi kalau anda amat gemar dengan masakan yang berasas kan Mee,pastikan anda terus menonton program terbaru di RTM...

dengan 2 pengacara yang akan membuatkan anda sentiasa merasa 'lapar' iaitu Azrul Raja Lawak dan juga chef Rizz pastinya anda akan diberikan sesuatu yang berguna untuk pengetahuan anda...

banyak lagi info serta cerita akan di coretkan disini...

salam dari pihak penerbitan Journal Chef....

kata journal...

AKAN DATANG DI RTM....